Wednesday, February 10, 2010

aku panas hati

salam dari hati ke hati

dah lama sangat tak update blog
banyak benda yang ingin diceritakan
tapi tak tahu nak mula macam mana.
busy busy busy
urm
kalau cuma nak cakap macam tu baik tak yah tulis blog kan
tapi aku just nak ceritakan rasa aku
aku panas hati
aku sangat terasa
aku rasa sangat bersalah

mimi-san ade cakap
if ko rasa sedih, ada orang yang lagi sedih
if ko rasa marah, ade orang yang lagi marah pada itu

jadi jangan fikirkan diri sendiri
aku cuma ingin berkawan seperti biasa
bila aku sudah rapat dengan orang itu
akan akan over concern
aku kadang-kadang terlupa yang orang itu rasa lebih dari aku
bak kata pepatah, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul
aku cuma ingin concern..

tapi perlakuan aku disalah ertikan oleh sesetengah pihak.
maybe orang tu nak space..
aku bagi..
tapi perlakuannya pada diri ini menyebabkan aku rase tambah bersalah

kadang2 dia menginginkan aku membuat sesuatu..
tapi xcakap
mana aku nak tau.
then terus je marah aku..
walaupun tak nampak marah direct pada aku
tapi perbuatan itu membuatkan aku terasa
maybe aku ni sangat SENSITIF
ya aku memang sensitif
tapi itu adalah aku

tapi sekarang ni bukan rasa panas hati sahaja..
pada mulanya memang rasa panas hati
tapi sekejap je
terus jadi sentap!!
aku terasa.. and aku rasa bersalah

tak tahu nak letak muka kat mana
aku jadi malu.. and x bole jumpa orang itu
entahla..
aku rase sangat bersalah
sebab pada awal niat aku adalah baik
tapi telah disalah ertikan
urm apa yang perlu aku buat.
hanyalah diam..
biar semua selesai sendiri
harapan aku..
walau aku lari sejauh mana pun
tapi aku rasa aku perlu ubah sedikit perangai aku ni
jangan terlalu emosi n sensitif sangat
bukan besar sangat pon tapi..
aku telah membuatkan orang rase bengang
tapi niat asal akuh adalah baik..


ikanthink: buble2.. aku mahu air sekarang ni.. sebab xbole bernafas

Sunday, January 31, 2010

alhamdulillah

salam dari hati ke hati.

ya allah aku amat bersyukur kepadamu ya allah
tunjukkan aku jalan yang lurus
semoga aku tidak alpha dengan semua suruhanmu ya allah
jauhlah aku dari perasaan riak, takbur dan mementingkan diri sendiri
jauhkan aku dari perasaan membenci diri orang lain..
tunjukkan aku jalan yang benar.
semoga kita semua mendapat rahmat dariNYA

aku sangat bersyukur dengan pencapaian diriku
semua yang ku lakukan adalah niat untuk mencari keredhaan mu
amin


IkanThink: Apa yang berlaku adalah ketentuanNya. kita perlu usaha

Monday, December 21, 2009

layankan



Salam dari hati ke hati

hurm last night before tidur
aku tetibe menangis..
mengenang nasib
mengenag rasa sedih dalam hati..
rase nak nagis kuat2 macam ni...


bayangkan aku nagis meraung2 macam ni?
mesti semua orang pelik kan
mesti org rasa masalah aku sangat besar..
walaupun sangat besar..
aku tak boleh buat apa2
aku pendamkan saja
sebab kalau diluahkan
makin menyesakkan minda
memburukan lagi masalah..
menjadikan ia lebih rumit..
daripada mudah untuk diselesaikan..
actually benda ni perlu clear dan diselesaikan secepat mungkin
supaya ia tidak jadi nanah yang tersorok kedalam
walaupun ia dah lame da jadi macam tu..

walaupun beberapa minggu ni aku sebenarnya sangat enjoy
aku cuba lari dari masalah yang ade..

wah tetibe aku menjadi emosi tiba2
sebab permulaan masalah itu dah genap setahun
tapi aku cuba redha..
aku pasrah dengan semua ketentuannya.
mungkin ade hikmah disebalik semua apa yang berlaku



walaupun seribu penyesalan yang aku rase
ia tetap menjadi pekung dalam dada ni
apa yang aku perlu buat hanyalah
menjadi tabah dan tetap kukuh dalam menghadapi segala
insyaallah..
aku yakin dengan diri aku ni..

Friday, December 11, 2009

classmate degree

Salam Dari Hati ke Hati..

lama sangat aku tak update blog
aku busy dengan finalize tesis haku..
urm tapi ni ak nak cerita..
kes selepas ak hantar 1st draf pada supervisor aku
lepas je aku hantar..
aku terus paln bercuti dengan kawan2 aku ke utara
actually ni plan serampang dua mata..
1st aku beria sangat nak ke utara sebab aku nak jumpa supervisor aku dekat USM
2nd nak pergi walimatul urus ex classmate aku mase class degree aku
tapi aku dah plan aku dah berubah
sebab supervisor aku sudah pulang ke UTHM
so nak tak nak dah plan
so go on saje la

okay tapi perjalanan aku tu akan aku ceritakan dalam post akan datang
tunggu tau
aku ceritakan mengenai classmate aku
sebab perjalanan aku berkaitan dengan itu..

okay
classmate aku semasa degree ade seramai 49orang..
seperti yang anda ketahui saya mengambil degree pendidikan teknik dan vokasional
so, jadi cikgu... guru kebanyakkannya adalahperempuan
33orang perempuan dan 16orang lelaki
sepatutnya 17orang tapi seorang sudah arwah
meninggal dalam tidur.. al-fatihah untuk rohnya.. semoga dia ditempatkan dikalangan orang-orang beriman..

okay ni gamba budak kelas aku tu...
macam2 cerita... macam2 ragam..
selama 4tahun kitorg bersama..





ni gamba classmate aku
kan aku cakap ramai perempuankan?
hurm.. tujuan aku keluarkan gamba ni nak tunjukkan:

status masing2 dalam gamba..
sebab bila aku dah listkan..
macam ramai je yg dah kawin
tinggal beberapa je yang masih single n available n not available

dari kiri hadapan sekali:

1. Yanz: housemate aku.. da kawin
2. faizah noor: housemate aku gak.. da kawin bakal dpt baby xlame lagi
3. Hada: budak yg plg genius dlm kelas.. bakal kawin next week
4. liza: satu PA dgn aku... da kawen
5. mauren: only one sarawakian dalam kelas. N/A
6. sue: paling pandai wat karipap putar. da kawin
7. anne: budak plg kecik dlm kelas. da kawin bakal dapat baby gak
8. yati: budak kelate. da tunang rasenye.. ak pun xberap ingt.. tp dah berpunya

hadapan duduk dari kiri:

9. maizura: budak kedah yg plg hot.. da bertunang bakal kawin
10. iena: budak kelate yg suke control cun.. ak ckp la.. da kawin
11. shima: budak kedah yg haruk gak.. da kawin.. ade anak sorang
12. illy: budak perak yg ala2 rock. N/A
13. asma: bdak kecik bwk kancil merah. da kawin
14. jijah: dak lalok selangor. belum berkahwin+tunang.. sedang mengenali sesorang
15. lisa: terkenal dgn couple of the year dlm kelas. da kahwin dengan bukan couple dia.
16. mira: budak cute gak dalam kelas pakai tudung labuh. da kawin
17. dee: budak nerd + poyo dalam kelas. bakal berkahwin next year
18. hanna: budak muor. aku dengar sedang berkenalan dengan sesorang

berdiri belakang dari kiri:

19. mike: budak muor ak rapat ngan die mase praktikal. da kawin
20. ask: budak perak yg sopan santun.. da tunang bakal berkahwin
21. goh: only chinesse in my class.. N/A
22. cik li: dah kawin mase study. ade anak da
23. me n myself: still mencari dan mengejar impian
24. wanie: bdk kelate. da kawin n ade anak da
25. ija: budak kedah yg sgt clumsy. belum kawin+tunang. sedang mencari
26. dot: budak KL yg tinggi + keras. bakal kawin 18hb ni
27. ezah: budak kedah yg pindah kelantan.. lembut2 orangnye. aku dengar sedang mengenali seseorang.
28. noli: kak long kelas. da kawin. ade anak sorang.
29. salwa: aku xbrp kenal dia sgt.. tp dia ni okay je. da kawin
30. naemah: roomate aku mase praktikal. da kawin
31. mija: bawa keta beger (BGR). da kawin dgn couple of class shafik anuar. bakal ade baby
32. azima: budak penang. da kawin dengan member sekelas zubir
33. tasha: roomate aku mase matrik. da kawin. aku dengar da ade baby

lelaki pula dari kiri.

1. matyi: budak kelate. aku dengar sedang mengenali pilihan family gak
2. pak lah: MPP dalam kelas. aku selalu geram ngan dia ni. sedang mencari jodoh.. tgh try jijah..hee~~
3. bob: kawin mase study dgn cikgu dia. masih belum ade baby lg
4.asri: kira mcm abg dlm kelas. da kawin da
5. anuar: dulu couple ngan lisa kawin ngan mija..hehehe.. ade cerita disebaliknya..
6. nas: aku panggil dia afro sebab rambut dia. da kawin
7. faiz: tabligh dlm kelas. da kawin dengan kawan aku. hanim
8. jamil: paling besar+tinggi. da kawin
9. aman: budak kedah yg mcm best. N/A
10. napi: ketua kelas+my bestfriend. belum berkawin. aku doa jumpa perempuan yang terbaik untuk kamu napi.. amin
11.midi: budak kelate yg mcm ala2 cool. N/A
12. rahman: muka ade iras2 rangga. N/A
13.sallah: da tukar name dia jadi sallahudin. da bertunang bakal berkahwin
14. meran: budak laki lalok dalam kelas. masih mencari.
15. zubir: budak kelas yg mcm ala2 bob marley. da kawin ngan azima.
16. addib: kawan baik aku gak. sgt bagus dia ni. da tunang bakal berkawin

okay itulah senarai budak kelas aku yg aku labelkan merah tu belum go to other stage.yang biru tu aku tak tahu,, status diorang putus hubunganla kiranya...

tengok daripada 49 orang cuma tinggal 9 orang yang belum berkahwin dan 6 yang tidak tahu status mereka.
tengok.. 34 orang dah berkahwin dan bakal berkahwin...

hurm..
tu yang mase ke kedah cuma tinggal aku jijah n ija yang tinggal. wakil setiap rumah yg single.
hehehehehe

aku rase macam terkena la bila tenagok diorang ni
tapi perjalanan aku masih jauh...
banyak yang ingin aku capai.
tak sempat lagi ni...


ikanthink: takpe2 jalan terus ye semua.. aku bakal menyusul

Tuesday, November 17, 2009

bawa bekal

salam dari hati ke hati...

sekarang ni aku ade habit.
konon2 nak jimat.. duit xde
gaji next week.
so xmo kuar duit...
bawa la bekal pergi opis
hehehehe

sebenarnya xdela
aku ni xberduit sgt
tapi entahla..
da muak kot dgn makanan kat kedai
n lately especially last week
ak punye breakfast giler heavy
3hari makan lontong je
nasi lemak
mihun goreng
kuew tiaw goreng..
ohh ak sungguh tak suka
ak kn mmg xsuke makanan yang berminyak n berlemak
berlemak?!!! ak kn org n9 sepatutnya sukela la kn masakkan lemak2 ni..
oh aku cuma xsuka masakan lemak cili api
bile di johor je..
sebab... xsedap
bile balik n9..
ohh sorga...
hehehehehe

ok dah 2hari aku bawa bekal..
semalam bawa breakfast..
hari ni bw breakfast n lunch...
hehehehe
ak rse sungguh sihat..
sebab aku tahu fat contain dalam makanan aku...

pagi2 makan sandwich n telur goreng..
lunch.. nasi n chip ikan...

kak nor kate ak nampak kesian..
siap tanya aku nak duit ke?
hehehehe
duit ade je...
ni semua terkenan budak2 di SMC..
mereka bawa bekal.. especially si alish

so terikut minah tu la...
hehehehe

lgpun skill memasak aku telah hancur..
aku cuma pandai masak nugget, ayam drumet ayamas n goreng telur
ohh tidak..
skrg ni aku sedang belajar masak balik..
n sayang pulak dengan dapur aku tu..
dah lame da tak berasap
sian die...



IkanThink: tadi tengok bekal bento alish.. sgt comel.. nak beli la..

Sunday, November 15, 2009

kesian huda


salam dari hati ke hati

last friday.. aku dapat panggilan dari huda
kereta dia kena langgar kat batu pahat.
serius ak terkejut. dia minta aku dtg amik dia kat bp.
dia kat IPD trafik sana..
hurm

ak pun pergi amik dia..

dia takde pape..
kejadiannya terjadi apabila dia parking di temapat parking depan HSBC jalan rahmat batu pahat.
dia keluar je dari bank. dia tengok ramai orang kerumun keta dia..
pastu ade one Chinese ni tanya.. ni kereta sapa?
then huda pun ckpla.. kereta dia..
that guy tu pun ajak huda ke belakang keta
n tengok satu keta viva telah langgar keta dia...
dia pun speechless..
and actually huda pun tak tau bila kejadian tu terjadi..
sebab dia keluar bank
semua dah ada.
eon tow truck, aam tow truck, perodua tow truck and polis semua..
ambulan pon dah hantar org yg langgar keta huda tu ke hospital.

kereta yang melanggar keta dia tu
sebelum tu dah terbabas melanggar kereta mercs, wira and wira tu dah langgar van dan berakhir di kereta huda yang elok2 je parking kat situ.
pemandu kereta tu pitam semasa memandu dan terbabas.

kesian dia.. aku mula2 nak marah juga la.. tapi
bila aku tahu keadaan kakak tu..
aku pun kesian pulak..
insuran pembaikan kereta huda ni diuruskan oleh kereta viva tu...
kesian jugala..





urm..
tapi yg lawaknya mase kat balai polis tu..
aku ke sana naik keta kak aini coz mimi san nak pinjam keta aku..
sebab dia nak balik lewat malam tu.. n takut hujan..
so ak dah janji ngan dia..
bagila si patrick tu kat mimisan..
urm... then
kat balai tu,,
aku dapat merasakan element 1Malaysia..

yela..
yg jadi mangsa.. adalah melayu.. iaitu huda
yang tolong setelkan semua tu adalah brother cina Ah Na ni...
siap bgtau macam mana nak tulis report..
n ckp jgn nk bayar apa-apa
keta huda statik.. xsalah... bla2 semua
then yg tukang buat report nama dia JOHN
indian.. pun sgt membantu...
then yang tukang luluskan semua adalah melayu sarjan sahak.. pegawai trafik
kami siap lepak2 buat2 lawak semua kat balai...
ak kan penyokong 1malaysia yg tegar.
aku amat suka.

then pergi ke eon hantar kereta huda ke sana.. n pulang
sian huda patah kaki minah tu..

urm
moral of the story..
kita kadang-kadang dah berhati2 tapi salah orang lain kita terkena



IkanThink: huda berada di tempat yang salah pada masa yang salah.. sian huda

Wednesday, November 11, 2009

tension

Salam dari hati ke hati

lama tak menulis, sampai aku tak tahu apa nak di tuliskan..
sekarang ni aku tengah stage yang sangat kritikal dalam perjalanan master aku
stage data presentation and discussion..
urm
aku sangat pusing
1 minggu aku tak endah semua
concentrate dengan data analysis .
semalam dah siap. nak start yang lain.. aku sibuk ngan lain
then hari ni aku rase...


tetiba black out sekejap...
terkejut.. ak ingat ade gempa bumi ke apa
rupa2 ak nk pengsan...
then ak rase nak muntah...

muntah dah ..
still feel xbest..
bdn pening2..
kak aini ckp aku stress terlampau ni
luaran aku nampak mcm xpape
tapi dalaman ak stress...
otak ak berfikir...
banyak berfikir...

urm actually aku adalah sangat happy..
aku boleh buat kerja kesukaan aku dengan jayanya...
walau ramai yang cakp apsal aku buat master macam ni

rugi..
macam dah capai phd dah..

pada aku belajar ni mana ada rugi...
mereka yang cakap ni aka xfaham la
sama ada nak menjatuhkan aku
atau kesian dengan aku..

aku jawab mudah sahaja..
kalau aku buat susah.. itu menunjukkan aku adalah
lain n istimewa daripada tutor2 yang lain
buat master
biar susah sekarang takpe..
pada aku master ni adalah proses...
kita belajar dari itu..
tak semestinya kita habis cepat kita adalah cemerlang daripada yang lain..
tapi apa yang tersirat yang orang lain tak dapat cuma
kita yang mengalaminya merasakannya tahu
cuma orang yang seperjuangan dengan aku sahaja tahu...
walaupun mereka tu semua hanya pandai cakap
tapi aku sudah tahu...
siapa aku...
which area really i am..
and yang paling aku fahami.. aku adalah seorang pencinta dan pemaham mahzab
research yang mana..
yes i know i really humanism and constructive area..

orang yang sound aku semalam... xpe..
macam dia sendiri tahu apa yang dia buat...
ahh cukup dengan semua ni... zana.. jangan terlalu mengkritik orang yang mengkritik kita
semuanya ketentuan ilahi...
sekali dia tarik baru kamu tahu....

mahupun begitu, aku adalah sangat bersyukur dengan apa yang
aku alami sekarang ni..
sebab walau banyak mana rambut aku gugur..
perjalanan aku untuk mengenali diri aku sendiri...

aku semakin nampak...
jalan.. tujuan...
dan who is zanariah binti ahmad..
thank you Allah..
for your anugerah and apa yang diberikan.
semuanya ada hikmah disebalik segala kejadian...


oleh itu, sekarang bila migraine aku sudah mula berpupuk dalam
kepala patik ni...
aku nak berehat
sambil minum air kosong
and menonton harry potter yang dipinjam dari alish

hehehehe
rehat jap for 3hour...
then...

nom..nom...nom...nom




IkanThink: short term goal.. now reaching............lalalalalalala