hurm last week kakak satu bilik post grad dengan aku telah memanggil ak secara tiba-tiba setelah die sampai kat opis yg full of gossip tu!!!!
dengan lembutnya.
"zana... sini jap"
ak pon dengan peliknya pon datang dekat die.. dengan berwajah comel
"ye kak ade ape?"
die pon menghulurkan sebuah buku yang tak berapa tebal helaiannya kepada aku..
ak pon dengan comelnya pon bertanya...
"kak.. ape ni kak?"
dia pon menjawab
"ni buku untuk zana.. huda n siti pon boleh baca jugak"
hurm.. ak pon menjawab
"thanks akak.. susah2 je nak wat ape buku ni?"
aku bertanya dengan naifnya... urm..
"zana kan selalu frust dengan cinta... zana kan selalu marah2 dekat ****.. hurm zana fikirkan lah ye..."
ak pon dengan peliknya
Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul
hurm...
kak irni pon menambah...
"akak suka buku tu.. kalau lah akak jumpa buku tu sebelum akak kawin kan best"
"zana baca tau buku tu.. nanti besok akak tanya"
hurm aku pon meletakkan buku tu kat atas meja opis aku yang ak malas nak kemas tu.. sebab selerak tu sumber inspirasi untuk aku wat keje dengan lebih lagi..
pelik kan aku...
kalau meja aku kemas dan tersusun rapi.. mesti ade sebab..
1. aku punya keja dah siap
2. memang aku tak buat kerja
and kalau meja aku kemas mesti aku tak jumpa barang-barang aku.. aku pon xboleh wat keja...
hurm... melihatkan buku tu
aku macam malas nak bace.. kak nor pon bising
"dah jangan bace buku tu... nanti bukan dapat master dapat cinta.. kan susah"
mendengar kata kak nor aku pon malas la nak bace...
tetiba tadi memandangkan cuti di johor...
aku pon dengan rajinnya pergi ke opis untuk menyiapkan kerja aku yang xsiap2 tuh.. ish2
then tetiba aku pon terbace buku tu...
buku tu menceritakan betapa bahagianya cinta selepas berkahwin...
dia dah beberapa kali terjebak dalam cinta sebelum berkahwin..
pada dia cinta sebelum berkahwin tu mendekatkan kita kepada pintu NAFSU
cinta atas nafsu tidak diredhai oleh allah
walaupun tak berjumpa syaitan2 akan menghasut kita dengan perasaan rindu...
perasaan rindu tu akan mendekatkan kita kepada benda-benda yang menambahkan dosa kita..
boleh aku katakan bahawa penulis itu merupakan wanita solehah yang amat sabar menunggu jodoh dia... dia meletakkan satu sempadan dan satu syarat untuk lelaki yang bakal menjadi suami dia...
ayat dalam novel ni yang amat aku ingat
"cintaku hanya untuk suami dan bukan untuk dikongsi"
wahhh!!! ak teramat teruja dengan ayat ni...
aku pernah melafaz cinta sepenuh hati kepada sesama manusia... namun ak rasa impian tinggal impian.... selepas aku baca buku tu aku rasa sangat berdosa dengan apa yang aku buat... ak melebihkan perasaan cinta itu kepada manusia berbanding kepada allah dan rasul...
hurm.. aku susah nak menjadi seperti penulis buku tersebut...
dan boleh aku katakan penulis itu sangat beruntung sebab di kurniakan suami yang betul2 menyayanginya.. bukan mudah untuk mendapat suami sedemikian rupa... kalau dalam 100 orang maybe satu je kot... sangat toleransi... terus terang aku katakan aku cemburu dengan penulis tersebut....
penulis ada memberitahu bahawa... kita perlu bersabar untuk menemukan jodoh kita.. apa yang penting dalam pemilihan suami.... rasa cinta sang suami terhadap agamanya dahulu barulah kita memilihnya.... aku rasa itu realiti hidup penulis tu.. tapi aku ni ha.. xla sehebat dia....hahahaha
pastu tadi aku tengok anjakan paradigma.. di astro oasis... hurm ayat pada panel jemputan hari tu cakap...buat apa kita nak berkahwin jika sebelum kita berkahwin kita sering bertelagah.. tiada toleransi.. then masih mahu berkahwin... akhirnya usia perkahwinan xsampai setahun jagung...
berbalik pada buku tersebut.. dia ada mnyebut mengenai batas pergaulan sebelum berkahwin...
menjaga pergaulan sesama manusia.. dan sebagainya...
hurm lagi satu pergaulan sesama suami.. suami pon kena bertoleransi terhadap semua pekara kepada isteri.. xsemestinya isteri sahaja yang buat kerja rumah.. boleh aku katakan suami penulis ni banyak mencontohi akhlak rasulullah saw..
hurm.. mana nak cari lelaki macam ni sekarang ni....
macam aku katakan satu dalam seratus pon payah nak jumpa....
hurm... tapi negativenya buku ni... pada aku lah kan... realitinya lebih pahit dari manisnya.... yela... bukan senang nak jumpa lelaki yang baik... tu satu hal... bukan senang nak jumpa lelaki yang betul2 lelaki... hahahaha... dan pada aku penulis ni pon baru je berkahwin.. yela baru2 je lain la kalo dah 50tahun berkahwin boleh la nak cakap pasal kahwin ni.. ayat makcik ramlah (mak angkat aku)... tapi kita kena ingat jangan tengok pada bekasnya lihatlah pada isinya... ak pon xtau....
hurm.. apa yang penting.. semoga kita berjaya jumpa pada cinta kita yang hakiki... pemilik cinta kita selain allah dan rasul...
IkanThink: mampukah aku jumpa pemilik cintaku?