Tuesday, August 25, 2009

kerja kosong kat uthm

salam dari hati ke hati

selalu org jumpa aku akan tanya kat uthm xde keje kosong ke?

mana la aku tau

aku bukan pendaftar universiti.. aku pun bukan dato VC

aku cuma tutor biase je.. yg sedang penat belajar

okay persoalan anda akan terjawab

aku copy paste je dr laman web UTHM

pertanyaan pon sila kemukan ke laman web ni

http://www.uthm.edu.my/v2/index.php

aku cuma memanjangkan berita

sekian terima kasih

sila baca ye...

tarikh tutup permohonan 7 september 2009


UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM)

JOHOR

MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN JAWATAN
(UTHM.PP/UPP-01/2007/Pin.2)

JAWATAN KOSONG

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia yang

berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan secara

TETAP/ KONTRAK/ SEMENTARA seperti berikut :-

BIL.

NAMA JAWATAN (JAWATAN BUKAN AKADEMIK)

GRED

A.

KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL


1

ARKITEK

J41

B.

KUMPULAN SOKONGAN


2

PEMBANTU TADBIR (KESETIAUSAHAAN)

N17

3

PENJAGA JENTERA ELEKTRIK

R22

4

PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM

S17

5

PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN

U29

1. Syarat Lantikan- Sila klik di nama jawatan atau gred jawatan

2. PENETAPAN GAJI PERMULAAN

Gaji permulaan yang lebih tinggi pada P1T1 boleh ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik UTHM berasaskan

kepada kelayakan, pengalaman kerja atau kemahiran yang mana berkaitan.

3. IMBUHAN DAN ELAUN BERKAITAN (BERDASARKAN GRED GAJI)

Antara Imbuhan yang diberikan adalah termasuk Imbuhan Tetap Perumahan/Imbuhan Tetap Keraian/Imbuhan

Tetap Khidmat Awam/Imbuhan Tetap Gred Khas dan lain-lain elaun yang berkuatkuasa.

4. KEMUDAHAN YANG DIBERIKAN (TERTAKLUK KEPADA KELAYAKAN)

(a) Pinjaman Kenderaan

(b) Pinjaman Komputer

(c) Pinjaman/ Pembiayaan Perumahan Kerajaan Persekutuan

5. SYARAT KEWARGANEGARAAN DAN UMUR (PADA TARIKH TUTUP IKLAN)

Pemohon hendaklah terdiri daripada warganegara Malaysia dan calon-calon lantikan terus hendaklah berumur

tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan dan tidak melebihi 54 tahun pada tarikh lantikan, manakala

bagi bekas tentera/polis hendaklah tidak melebihi 45 tahun.

6. KELAYAKAN SPM MENGIKUT SISTEM TERBUKA UNTUK LANTIKAN KE PERKHIDMATAN AWAM

Calon-calon yang memiliki Sijil SPM mengikut sistem terbuka boleh dipertimbangkan untuk dilantik ke skim-skim

perkhidmatan yang mensyaratkan kelayakan demikian sebagai syarat lantikan. Bagi menentukan tahap

kelulusan tersebut setaraf dengan kelulusan Sijil Penuh SPM, iaitu sijil yang dikeluarkan sebelum pelaksanaan

peperiksaan mengikut sistem terbuka, syarat-syarat berikut perlu dipenuhi :

(a) lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua daripada mata pelajaran adalah di

peringkat Kepujian dan selebihnya di peringkat Lulus dalam satu peperiksaan; atau

(b) lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua daripada mata pelajaran adalah di

peringkat Kepujian dan selebihnya di peringkat Lulus yang dikumpulkan dalam dua peperiksaan dalam

tempoh tiga tahun berturut-turut; dan

(c) memenuhi syarat Bahasa Melayu, sama ada Kepujian atau Lulus, dan mata pelajaran

tertentu sepertimana disyaratkan dalam skim perkhidmatan.

Calon-calon yang tidak memiliki keputusan seperti di atas adalah TIDAK LAYAK dipertimbangkan untuk

maksud lantikan ke jawatan-jawatan yang mensyaratkan kelulusan SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf

dengannya oleh kerajaan.

7. TEMPOH PERCUBAAN

Calon-calon lantikan terus dikehendaki menjalani tempoh percubaan selama 1 hingga 3 tahun.

8. PERMOHONAN OLEH PEGAWAI SEDANG BERKHIDMAT

Pemohon-pemohon yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Kerajaan/ Badan Berkanun hendaklah

mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing bersama salinan Kenyataan Perkhidmatan

yang dikemaskini dan salinan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan. Borang permohonan yang tidak lengkap

diisi akan ditolak termasuk tidak menyertakan salinan dokumen yang dikehendaki dan permohonan yang lewat

diterima tidak akan dilayan.

9. CARA MEMOHON

(a) Borang permohonan boleh didapati dengan hadir sendiri di Pejabat Pendaftar, Universiti Tun Hussein

Onn Malaysia (UTHM) yang beralamat seperti di bawah atau di muat turun dari laman web Universiti

Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)

(b) Borang yang lengkap diisi berserta sijil dan dokumen yang berkaitan dan telah disahkan hendaklah

dicatatkan nama jawatan di penjuru sebelah kiri atas sampul surat dan dialamatkan ke Pejabat

Pendaftar UTHM seperti alamat di bawah:-

Pejabat Pendaftar

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)

86400 Parit Raja

Batu Pahat, Johor

No. Tel. : 07-4537000 / 07-4537107

(u.p : Unit Perjawatan & Perkhidmatan Bukan Akademik)

(d) Permohonan yang berikut AKAN DITOLAK :-

(i) tidak lengkap atau tidak terang;

(ii) tidak mengemukakan semua dokumen termasuk sijil-sijil kelayakan akademik;

(iii) tidak menulis nombor kad pengenalan;

(iv) tidak mengemukakan melalui Ketua Jabatan bagi pegawai sedang berkhidmat; dan

(v) tiada pengesahan sijil-sijil berkaitan dan tidak ditandatangani.

10. TARIKH TUTUP PERMOHONAN

Jawatan Bukan Akademik - 07 September 2009

11. KETERANGAN AM

(a) Pemohon boleh memohon sehingga dua (2) jawatan dengan menggunakan satu borang dan hendaklah

disenaraikan mengikut keutamaan.

(b) Hanya calon yang di senarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga. Pemohon-pemohon yang tidak

menerima sebarang jawapan daripada pihak UTHM selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan

adalah dianggap TIDAK BERJAYA.

(c) TEMPOH SAHLAKU permohonan adalah selama enam (6) bulan dari tarikh permohonan diterima.

Sebarang permohonan selepas tamat tempoh sahlaku hendaklah menggunakan borang permohonan yang

baru.

Friday, August 21, 2009

selamat berposer

salam dari hati ke hati

urm..
nak nk pose da besok...
ak nk pulang ke seremban da..
menyambut puasa bersama bersama ibu n family tercinta

dugaan..
macam2 yg berlaku dalam diri ini..
tapi apa yg aku ingat kalo
xade dugaan.. kita xakan dekat denganNYA
hurm..
renung2kan zana



IkanThink: adakah ini ramadhan terakhir untuk kita

Monday, August 17, 2009

Talentime..

Salam dari hati Ke hati

hurm
lama da aku xupdate blog..
aku busy dengan life aku yg ntah hape2 ntah tu
then ni ak pon tgh serabut yg teramat
financial problem...
sgt big problem kan?
semua apa yg kena nk capai kena ade duit...

hurm
last week ak tengok wayang citer talentime


cite ni tayangan semula la
just for kutipan derma amal...
i don't know they used it for ...

hurm ak memang nak tengok sangat citer ni dari dulu lagi
sangat frust mase tak sempat tengok masa 1st tayangan dulu
hurm
so mase die umumkan khamis lepas nk wat tayangan semula
ak n huda orang yg beria nk pegi tengok
aku ajak maen tengok sekali
hurm kitaorang bertiga pergi tengok kat MBO
sekali sampai
masa beli tiket
budak kaunter tu ckp just ade sorg je kak dalam wayang
ak pon pelik
die cakap tak dapat sambutan

hurm
bila masuk memang betul pon
just ade kitaorg 4org je
hurm
so wayang tu
kitorang la yang punye
hahahaha

komen pasal citer tu
sgt best!!!!
semua elemen ade
perpaduan+kasih sayang+culture+etc
cerita ni ade lawak yg tahap best
n sedih yg sgt best..
bygkn kita tengah gelak giler2.. then bole keluar air mata dengan tiba2
hurm..
ak sgt pelik kenapa org ramai tak pergi tengok cite ni
best sesangat
kalo ak bole bagi rating
citer ni 5 bintang
setaraf mcm citer slumdog millionaire...

pelakon2 die as usual.. nampak fresh
aku suka watak mahesh...
banyak pelakon2 baru yg diketengahkan dan sgt tak mengecewakan...

and aku dah subsribe astro box office..
ak tengok lagi citer telentime ni
ak gelak giler2 lagi
n nagis gile2 lagi

best sgt
2 thumbs up!!!!






ikanThink:chapter4 after mid break.. wargh!!!!

Wednesday, August 12, 2009

last saturday

Salam dari Hati Ke hati

as is tell before this.. last Saturday was convocation day for UTHM
as usual 1st day, was master, phd and anugerah2 session

so ramaila kawan2 aku dtg untuk konvo thn ni
ak seperti biasa hanya duduk di opis.. wat keje..
xpergi pon celebrate convo org2 lain

xmola aku.. takut penyakit tgh bnyk ni..

hurm jadinya
petang tu just hanging up with older friends since degree kat kedai mkn
n terus ke aktiviti lama kitorg time degree dulu.. pergi karaoke
hehehehe

elle datang untuk celeb konvo master ain

muke elle sgt relax berkaraoke... nyanyi lagu iklim

meraikan minah ni konvo
ain begitu kusyuk

huda mula-mula malu2 sekali da dpt feel die yg lebih

kan aku da ckp ak di pinggirkan..
me, huda n elle


hari tu kitaorang berkaraoke selama sejam
hurm pukul 8 ain n elle da kena balik pontian
hurm kitaorang lepak kat square one.. cuak nampak
dek student2 tgklecturer diorg msk karok
hahahaha
baru aku perasan kami berempat semua pendidik
ak n huda ajar org dah tua
elle guru pendidikan khas sekolah rendah
ain pulak ajar kolej komuniti
hehehehe
gomen yg kool kitorg ni

then ain takut sampai lambat di pontian gamaknye
kena genjantan dr keluar rumah.. seb baik

so cuma tinggalla ak n huda.. then kami
sambung sessi lepak with boyfriend plak
selepas menyetan dengan girl friend kan

then kami terus menunggu di kedai makan
Boston.. sebab mimi-san mau makan lamb chop
so mimi-san bru sahaja selesai mandi,
kami lantas membuat keputusan untuk lepak n order je segelas air
untuk menghalang niat soping kami ke parkson

minum air teh ais yg sedap
aku mmg kalah dengan air teh susu.. so bru minum suku gelas
aku telah mengambil keputusan untuk Berry saja
terus aku lapa lepas berry tu

huda yg abiskn...
sementara kami menunggu maen n mimi-san kami bace menu tu smpi hafal

pergh sgt hebatkan

maen nampak kurus ambil gambar dr angle ni.. perut n double chin xnmpk
hahahahaha

kami makan western je semuanya
set semua ade air pilihan coffee, milk tea n cham
n kami semua yg mmg gilakan kopi
amik je ice coffee
n set tu juga ade mushroom suop yg sgt kaw n garlic bread

maen chicken chop with hot dog
urm sedap
die amik blackpaper sauce

ak n huda kongsi chicken with ham n chesse

ish tangan sape yg kaco tu
siap ade tangkal lagi..
tangkal jgn kencing malam ye mimi-san?
.
.
.
and mimi

seperti biase lamb chop..
ak nk amik gamba je ngan food die..
sgt kedukut!!! igt ak nk amik ke hape?

amik!! ni ak nk letak sket tande kat makanan die
sangat kedukut
then padan muke
bknnye abis pon
siap ade fries2 xmakan

die ckp bende tu da basi
after 7min..
keji kn xmo abis ckp mcm tu.. membazir

seb baik ak kongsi mkn ngan huda
sgt sengkak okay
kenyang sgt...

then kami lepak2 sampai org kedai tu tnye nk tmbh order
die wat last call
lepak2 sampai diorg da nk closing
sgt siot kitorg ni.. borak2.. blkg org wat2 cleaning..
bygkn bila kitorg bgn nk balik
br je bgn semua org dlm kedai tu ckp
THANK YOU

hahaha serius menghalau
malam masih muda
kami terus pergi ke karaoke di kluang
setelah semua karok room di batu pahat penuh
gigih lagi berkaraoke selama 2 jam lagi
phew...

keluar je karaoke sekali ade orang gaduh berebut "Ayam"
wargh giler thrill
sgt cuak
siap pecah2 tong sampah
darah2 sane sini
huishh
seb baik ktorg ber"partner" so xla kena
huish

tapi.. semuanya best..
besoknye ahad ak n huda keje
hari bekerja rasmi uni kan...
kitorg still lagi sgt gigih
datang ke uni
ddk dlm bilik
n tidur..
bygkn la kul brp balik
karok 3jam
besoknye skt tekak ak...

kena minum air kosong byk2


IkanThink: sentap ngan nasihat prof mus

Sunday, August 9, 2009

doa against high high fever piggo

salam dari hati ke hati

aku dapat email dari sahabat satu uni dengan aku
sekarang ni wabak H1N1 sgt berleluasa
jadi memangla aku xkemana-mana sgt
kecuali semalam pegi tengok GIJoe kat MBO square one
itu setalah ak mengsanitizerkn tangan dan segala2 insyaalllah

hurm bahkan aku sendiri tak ke pesta konvokesyen yang
hanya di anjurkan setahun sekali tu

harap maaf ye kwn2 aku takut
prevent dulu.. selagi boleh..

ok doa ni
seperti di bawah


baca doa selepas solat 5waktu. baca 7kali, 21 kali atau 40kali atau sepanjang masa yang termampu

marilah kita sama-sama berdoa untuk menjauhkan diri kita daripada semua penyakit ini.
kita doakan untuk diri kita, semua keluarga tercinta dan seluruh rakyat malaysia..
mohon semoga kita semua di jauhkan penyakit berjangkit buat selama-lamanya.

betulkan yakin kita.. percayalah sesungguhnya penyakit ini datang daripada allah swt dan sihat in i pon datang darinya..


urm
angka kematian H1N1 ni dah bertambah ke27 orang.. yang terakhir kematian ibu yang sedang mengandung.. anak dalam kandungannya juga meninggal...
hurm..

boleh tak aku ckp rakyat malaysia ni kurang kesedaran. kita tak merasakan bahawa kita sedang dalam krisis ni.. ak tengok orang semua masih lagi rilek2 berpeleseran.. tak pakai mask..
semalam ak masuk ke klinik nak amik ubat batuk, deman n sakit tekak.. ak karaoke macam gila sampai sakit tekak.. urm.. kurang minum air kosong kot.. dah mmg klinik tu tempat org sakit ramai so ak pkaila mask.. sampai ade org pandang2 aku semacam n berbisik2.. hurm H1N1.. dengan nada sinis..

pergh please la rakyat malasysia..
kamu tak sedar ke penyakit tu mudah berjangkit..

lantakla apa kamu nak kata..
yg penting aku mahu menjaga diri aku

selagi kita boleh prevent.. kita cuba prevent...
aku tak kesah digelar suria pekasa hitam ke... mask man ke... pakai bra salah tempat ke..

yang penting ak ni sedang dalam usaha menjaga diri aku...



IkanThink: masa SARS dulu pon xla seteruk ni

IkanThink2: Jauhkan kita semua dari penyakit... amin

Saturday, August 8, 2009

kenyang perut

Salam dari Hati ke Hati

urm uthm sempena konvo ni
sabtu n ahad adalah hari bekerja..
makanya saya merupakan student master by research yg xsiap2 lagi ni pon
kenala datang ke opis..
gamaknya hari ahad.. urm...
malasnya nk wat keje
kalo bermalas-malasan di katil sambil mendengar lagu2 romantik n aroma terapi
yg menyegarkan
alangkah baiknya..

tapi lebih fresh dengan
muke kuyu kenyang mkn ikan steam, kangkung rangup n telur dadar
dari restoran U... dengan haruman secawan nescafe
masih segar di hidung

urm semalam konvo
ramai teman2 seMaster yg amik by course da konvo
hurm
sentap.. sedih.. syahdu
sgt terasa..
ak xkonvo tahun ni
register master sama2
ayat diorang
ko amik by research.. susah...
wargh!!

hri ni mkn kat restoran U ngan kaknor kak daren n huda
kena sekolah aku
ak suke berangan
xwat keje
wargh
sentap...
ak jadi cuak..
hurm tula ak terlalu leka dengan dunia yg menghiburkan
urm

keja wat sambil lewa
walaupun sentiasa aje ade di opis
ak still di awangan..
cloud9
oh tidak!!!

urm.. siap kena cubit lagi

macam mana cita2 ak nk submit by oktober ni?
oh zana
please sedarlah
masa berlalu dengan pantas

bukan satu 2 benda je yg dikejarkan.
kejar mana yg terdahulu dulu


ak wat ni untuk peringantan aku
buku hijau mesti di kejar
mesti cepat dapat!!!

buku hijau ni bukan penamatnya
sebab tahun depan maybe nk kejar buku biru
hitam or buku mana2 kaler ikut universiti yg akan ak daftar
phd nanti

ckp psl phd ak jd sgt cuak
master ni ak xsiap2 lagi macam mana ngan phd?
oh tidak..

kawan2 yg sedang amik master thn depan kita g btn same2 ok

urm walaupun penyakit yg sgt jahat ni
menular satu malaysia
ak masih sgt cuak
kita kena tabahkan hati

kawan ak sorg dah dapat tempat kat RMIT aussie
hurm


master?!!

buku hijau





IkanThink: kejar cepat2..

Friday, August 7, 2009

scuba diving course (part 2)

Salam dari Hati ke Hati

entry kali ini rentetan daripada part 1 yg dah buat lepas

Day 2
24th july 09
2nd Dive
test untuk 4 benda yg buat masa circuit exercise

hari ni start dive kul 9am..
urm hari ni ade test n kita start dive dari jetty.
semalam aku mula dive dari persisir pantai.. so masuk air jalan pkai backward swim je

so hari ni kena masuk ke dalam air guna kaedah giant stride


ak sgt cuak okay...
dala bende ni semua berat2 blkg aku
pastu nk pkai fin takut n xreti tiba2
sebab kena bongkok..
hurm

habis semua orang ak pegang
seb baik ade buddy ak n en mi yg memegang ak dgn penuh kasih syg
n ak pon terus boleh jatuh ke dalam air
dengan vangganya

then kami terus ke tempat yg di tentukan pada kedalaman lebih 10kaki
cari tempat yg xde coral
terus turun ke bawah n duduk melutut
pergh!!
mase tu
da pandai da
xsusah nk melutut

then da ok terus wat sign macam ni
ni bukan ak okay..
ni yusri..

air pon xcantik sgt masa ni
keruh.


then kami pon di test oleh instructor pada kedalaman 15kaki.
hurm test

1. facemask clearing
2. 2 step demand valve
3. weight belt
4. buddy breathing

ak n buddy ak di test dulu..

again sekali je wat dah lulus
yeay!!!

ni buddy aku mase test!!
ok kami lulus
ak da xterkial2 pakai weight belt da.
semakin pandai..
urm..

then selepas test kami dikehendaki naik kembali ke atas..
nampak mudah.. sebenarnya kami berada dalam air dalam tempoh yg agak lama juga tau
yela nk wat benda tu semua dlm air bukan mudah
kita tengok mmg senang
tapi yg menjalankannya
pergh
siap tertongeng2..
hehehehe

semua di kehendaki sentiasa bersama2
dengan buddy
kira jarak buddy n kita arm reach.. mudah di capai.
tapi janganla sentiasa berpegang tangan ngan buddy mase dive
pelik tu

then naik
aku tukar tank
pkai tank yg baru
kami stil lepak di atas
sehinnga kul 12.30
untuk dive kedua..



dive ke3
hari yg sama

stillturun dari jetty pakai giant stride
kali ni turun untuk ke ketinggian lagi dalam sehingga lebih 10m

ak turun kali ini dengan penuh keyakinan
hehehehe
da ok sket..
walupun puas buddy ak membantu
hurm

kami menyelam di kawasan coral yg cantik
serius
ak sgt nyaman mase dive tu
rase sgt relax
ak tengah2 dive boleh terjumpa ikan
boundhead sebesar pemeluk kat depan aku

ape persaan kalo jadi aku?
serius.. cuak..
dibuat ikan tu ngap aku?

then ak terus cari instructor aku..
die baru nampak.. sedangkan ikan tu kira2
xsampai pon semeter ngan aku..

dia sangat pandai orang nak ambil gamba terus larikan diri
cess
da la air keruh lagi hari ni..
hurm

yg penting ak jumpa macam2 jenis ikan dalam tu
sgt best
ikan nemo(clown fish) yg cute2
coral2 yg cantik
cacing2 laut
siput2 dan macam2 lagi

sangat bahagia..
ni pic ak dive kat situ

bayangkan dive ikan2 sangat banyak depan mata
wah!!!
ak sangat suka

then naik ak backward finning sampai ke centre fishermen diver
itu adalah sangat lama
mau 2km
sangat penat
ak xlarat

then ak siap request ngan instructor srh start kul 5ptg
sbb ak sgt penat

balik bilik mandi
tengok suar ak koyak
ohh.. tula harga yg di dapat dengan seluar yg amat murah
ye kawan2
lain kali beli suar yg berkualiti
insyallah ok


then lunch
rehat tunggu ke dive yg seterusnya.


dive ke-4
kul 5.30pm

dive yg seterusnya
terus ke kedalaman yg lebih lagi
30 kaki pula
ohh

with buddy haide n en mi

dive di bawah jetty
terus ke ujian yg seterusnya
melalui bingkai
jika lepas
maka lulus la lagi
wah...
sangat cuak ok
ready...
;
;
prepare for dive

(seperti biase.. ehem2)
:
:
:
:
dive!!!!


(en asham sgt keji gelakkan aku)

aku rase da semakin confident... memerlukan assistan untuk pkai fin
sebab
masih belum pandai lagi la

okay
dive pada kedalaman macam ni amat mencabar
telinga mula2 turun sakit macam kena cucuk
so ak turun yg paling perlahan
sebab ak xnak telinga ak sakit
then
ak terus ke tempat cabaran ujian
hehehehehe

lihatlah..


waa.. dive seperti jerung untuk melalui
then

lepas
yeay

hehehehe
ak sangat suka
lulus
siap wat peace lagi
walaupun
hati ak gundah gulana
hehehehehe'

then dive sepanjang kedalam lebih 30kaki
wahh
coral lagi cantik
aku suke

tapi pada kedalaman ni
mmg byk boat
so kat bawah dgr bunyi dengung yg sangat kuat..
hehehehe

naik atas hari pon da nak malam
aku sangat penat hari ni
dive 3 kali beb
dah la penat semalam xabis lagi
then kepala aku yg jatuh terhantuk batu
semakin membengkak
urm ak memang senang jatuh...

tapi bukan jatuh cinta
hahahahaha


day3
last dive
dive ke5
tengahari kul 12.30

kali ni ak xjoin dive ngan mamat2 tu
diorg suke mempergunakan aku
lagipon mmg perangai penakut aku tu kan
hehehehe

so pagi ni ak tukang amikkan gamba je dari atas


parit raja diver
include me... hehehehe

dive kali ni kita kena wat boat dive
dive dari atas boat so jatuh kebelakang..
ak sangat suka jatuh macam ni
tak sakit n selesa

seperti biasa
this guy memang suka membantu aku...
heheheheh
then ak turun dari step yg macam ni la
sangat ok

sebelum tu
ak ade last test kena fin laju naik atas
tengan valve pegang kat tangan
sambil kua bubble n suara
macam menjerit tapi menjerit pelan

then ak wat..
kali pertama
hurm
fail
separuh jalan ak masukkan valve balik
kali ke2
lulus yeay
sangat mencuakkan n ak okay je kan?

then terus dive pd kedalaman 52kaki
wah
best sgt

jumpa macam2 ikan lagi
aku amat seronok
hurm


pada kedalaman 50 kaki I'm okay

visibility hari last sangat baik
aku sangat seronok
muka ak sangat comel
nampaknya


then naik jetty semula
aku kena swimming dari hujung jetty ke pantai

weih aku xreti swimming beb!!!

tapi berbekalkan snorkel mask n fin
en sapiee srh gak ak turun
wah ak da boleh terapung
n aku terus swim sampai ke pantai
kira2 1km la kan
4lap kolam renang
then

samapai ke hujung
breath holding 30second
n apungkan diri 10 min

then aku lulus
yeay!!

sangat berjaya

hasilnya


kami lulus

wooo
yeay
yeay
yeay
yeay
.
.
.
C-card


dive table
(untuk dibawa ke mana2.. sebagai panduan)

C-card dah dapat
kini aku kejar buku hijau
tesis aku
once aku submit tesis
aku dive lagi
tunggu bulan 10 ni



IkanThink:lega sket da siap entry ni.. takde rase nak marah2 da

Thursday, August 6, 2009

sangat sakit hati

salam dari hati ke hati

geram... hangin..
very menyakitkan hati
bole ke orang yg tengah risau
msg da la xbls

serius itu sgt menyakitkan hati
org cal
then terus ckp
I'm ok... then tnye lagi jawapannya
I'm ok..

terus letak

klik...

tergamam
sentap
rase sgt diperbodohkan

W.T.F


ak sgt marah... okay

terus ikut orang pegi kenduri kawin
rmh dr radiah
makan dengan buruk lantaknye

hilang semua diet2 akuh!!
wooo
ak gilax

nasi beriani.. lauk kambing, lauk daging lembu, lauk ayam masak merah, dalca, acar nenas n timun semua ak amik
sampai huda ckp
zana jage mkn
huhuhu
so, terus ak drpd nk amik portion yg besar
amik yg kecik je

cess huda...
then lantak kek kukus, kek pelangi n bubur pulut hitam

wargh!!
that sooooo not me!!!!

ak xmakan dalca n kambing sgt sebenarnye

tapi hati da sakit

ak lupe


hurm..
tu la marah sgt!!!!



phew....
lupe nk snap gamba...
ramai yg dtg..
pm dr mummy pn ade
gelaran baru untuk isteri en sapiee
hehehehe
PM Dr roziati jadi mummy.. n of course daddynya lakinye la kan
en sapiee
ak rase sgt mesra itu!!!



hurm sebenarnya geram ni berganda lagi

pagi2 orang dah tanya pasal kawin

org tnye bila ak nk kawin
da la ak sgt bermood baik hari ni
bagun pagi
sebab nk ke kluang station
minum kopi
alangkah nikmatnya tadi
(kopi panas secawan, nasi lemak sebungkus, telur separuh masak 1biji, roti bakar bulat kaya-butter 1, pau 1)



tak lupe 4bungkus kopi untuk abg cek aku yg ensem tu
seb baik die bru request kat aku kopi tu smlm
mmg rezeki diela
ak tetibe ke kluang station tu!!!


sedapnya breakfast!!!


urm baru aku ingat knp ak mkn dgn begitu buruk lantaknya..
ak tension dengan soalan kawin tu la
hish2
teruknye aku ni!!!
tension makan
makan tension
baru trn 3kg nk naik balik!!
ish2

ni kena join kelas swimming ni....


tapi kepada sesiapa yg dah kawin!!!
tolonglah jangan tanya ak soalan pasal kawin ni
ak bru 24thn (padahal 28 september ni da 25)
so rilek2 ler ye
nanti ade rezeki aku kawin

ak ni ha.. calon pon xtentu lagi..
duit pon xde...

so, senyap je okay..
korg pnye expenses tak same mcm aku..
so jgn ckp lebih2




IkanThink: nak mula hari dengan bahagia.. akhinya macam ni plak

Wednesday, August 5, 2009

6 Ogos 2009

salam dari hati ke hati

huhuhu
sgt lawak..
igt nk wat surprise kat mr bf...
sekali demam da
da 2hari
ak sgt jht!!!
merajuk ngan die da 2 hari..
konon2
nk wat die terharu dgn kedatangan miss cupcakes
ke kilang
sekali tadi iza adik cupcakes tu col
yg die cuti

wargh!!!
rosak plan..
urm
ak pon membuat muka yg comel srh bdk tu terus hantar ke UTHM kampus bandar je

urm
dengan muka yg comel
hantar ke rmh mr bf
tgk muke agak kesian
pucat lagi stone
hahahahaha

tapi still muke terharu
dapat satu set cupcakes
hehehehe
dear.. takkan dpt thanks saje kot?
urm....

nway credit to alice n iza
from cupcake b'licious
sgt cantek kek tu..
jgn serik ye berurusan dengan miss zana yg hampeh ni

and bende yg ak paling terkilan
selain dari surprise yg xjadi tu...
aku lupe nk snap gamba cupcake tu...

xpela da minta alice emailkn gamba die
dah dpt nanti aku mskkn dalam blog



IkanThink: cepat2 la elok sakit tu ye dear..


update!!
ak da dpt gamba mms cake tu
thanks tu iza
tp quality kureng la

sbb mms kn da kecik kn

Monday, August 3, 2009

dah sudah

salam dari hati ke hati


semuanya dah sudah
harap semakin okay
xsaba nk tgg responnya macam mn

harap2 berjaya
n semuanya berjalan dengan begitu lancaR





IkanThink: xsaba nk tgk result jd mcm mn?

Sunday, August 2, 2009

scuba diving course (part 1)

Salam Dari Hati ke Hati

hurm.. da berminggu da aku lepas ak lulus lesen scuba
tapi xupdate2 pon
hurm busy sgt ngan keje aku

then macam xberapa mood nk wat
tapi di sebabkan ak hangin hari ni..
geram sgt
ak sedang membangkitkan mood ak dengan mau meng update
cerita diving aku
supaya perasaan ak menjadi sorga

hahahaha

okla.. seperti entry2 diving aku sebelum ni
aku perlu lulus ujian bertulis and medical check up sebelum ak pergi menyelam jadi
aku perlu bace buku ni la


ramai org ckp apsal aku amik NAUI aku xamik PADI
tapi pada mulanya ak pon xtahu yg organisation scuba ni ade 2 sebenarnya

aku ingat semuanya sama..
then bila aku amik lesen barula instructor ak bg tahu pasal benda ni
NAUI mmg susah sket nak lulus
instructor boleh hold kita punya lesen if kita ni xcukup kompeten..
ak punye instructor dah bagitahu da benda ni dulu.
then bila aku da amik lesen
ak borak2 ngan orang kat pulau diorang ckp ak amik bawah NAUI??
wahh susah tu nak lulus...

tapi alhamdulillah aku lulus
tapi pada akula la kan..
PADI n NAUI ni cuma berbeza macam UTM n UTHM.. (promote uni nampak)
tawarkan course yg sama cuma approach berbeza..

memang PADI lebih ramai yg amik
tapi aku lebih prefer NAUI.. sebab motto die
Dive safety through Education
hurm
da mmg org education ak kan..
ak mmg percaya education yg boleh merubah dunia
wahh... gitew..


okay selepas aku lulus semua ujian di darat
bermula aku punya explorasi di dalam air..
aku pergi ke tioman selama 4 hari dari 23-26 july
buat 5 dive
giler penat

ceritanya mula macam ni

day 1
23 july 2009
1st dive aka circuit excercise

yg amik lesen kali aku berempat
before ni ak bgtau yg kami amik ber3 je
tapi last2 abg yusri pon nk join
hehehehe
so yg amik kali ni
aku, abg haidir, abg yus n amirul
ak sorg lagi pompuan

hurm mula2 ni kami cuma diajar macam mana nak buat
1. facemask clearing
2. 2 step demand valve
3. open n wearing weight belt.

mula2 nak berlutut dalam air tu
pergh!!!
cramp beb kaki aku
susa..
dah la dengan ombak2
brg2 kat blkg ni byk..
plus lagi dengan perasaan takot ak yg tak bertempat ni!!
ak kn takut air sebenarnya..

then pada mula2 instructor ak wat pada ketinggian 4kaki je.. kalo diri parat2 pinggang je
air tu..
ok mula dengan face mask..
instructor ak.. srh ak buka face mask
n buka air mata dalam air
pergh..
perasaan pertama
pedih la mata beb
tapi instructor ak ckp
xakan pedih buat je
ak pon buatla
mula2
melompat ak kua air
terkejut
air masuk hidung+muka jadi sejuk!!!
cuak aku!!
3 lelaki yg wat dgn aku
semua ok
then instructor aku ckp relax
wat elok2
pelan2
relax2 n masuk air balik
ak pon watla..
resultnya
tada....

mata xpedih pon
mata aku kan rabun teruk
so bila buka memang susah la
hahahaha

sebelum korang baca lagi..
for ur info, mask ak tu ade corection.
mata ak kan rabun
teruk
belah kanan -800, belah kiri -600
so instructor ak belikn aku siap2 yg ade powerla
sgt baikk kan instructor ak tu.

then tugasan kedua, buka demand valve, yg kuar dari mulut tu
campakkan ke luar n masukan balik dlm mulut
ade 2 kaedah
sengetkan badan amik dr sisi
then satu lagi
capai dari belakang.

mesti tanya macam mana nk bernafas
senang je
nafas je.. kuarkan buble dr mulut n capai
urm senang sket ni

then yg keduanya buka weight belt,
duduk mcm laki nk minta aproach tu
then letakan pada lutut
n pkai semula.
urm
tu susah
sebab rase leceh semua equipment ade kat bdn kan..
ak siap nagis2 lagi masa mula2 nk psg
xsampai..
sampai semua laki2 tolong pakaikan
tapi ak nekad
ak nk pkai juga
akhirnya bole...
then
dah ok..
pada kedalaman 4kaki
kami naik semula

pastu instructor srh ke ketinggian 10 kaki pulak.
then belajar backward fin dari situ
turun kedalam air
equalize telinga pelan2
jangan biar smpi sakit br nk tekan
10 kaki tu xla dalam sgt
dlm 3meter je..
tapi serius ak xle2 trn2
telinga ak susah nk equalize
then instructor ajar
bru pandai
trn sikit da sakit

da smpai kat bawah duduk melutut lagi
then wat lagi 3 benda yg buat tadi..
aku semakin pandai
n xtakut sgt da...

then instructor ajak trn pd kedalaman 5m pulak
n kena belajar dive sendiri
yeah2
mase tu ak sangat seronok


sebelum tu ak perkenalkan assistant instructor
abg suhaimi yg cool
die snorkeling kat atas sambil pegang benda ni..
supaya abg2 bot xlalu atas kitorg
serius kalo bot lalu giler kuat bunyi die

dia ni da advanced diver..
so pegang sausage yg baru die beli
tulis "DIVER BELOW"

so da sampai
buat benda yg same lagi..
tapi masa ni da rase senang da wat.
huhuhu
n rase sgt penat.
oh aku lupa
kita wat satu lagi..
4. buddy breathing.

ni bila kecemasan kita out of air
kita bagi air kita pakai demand valve pada buddy.
hurm
ak berbuddy ngan abg haider
hehehehe
jangan marah.. tapi laki org.. not my type..
da mcm abg ak da ak wat diorg ni semua

then naik ke atas
ak sgt penat
ibu mengandung ni sdg berjoyah di atas bersama abg mi
snorkeling atas kitorg

1st dive
pengalaman sgt penat...
bygkn dah pegi sampai kedalaman 10kaki
then balik balik ke pantai
jauh tu
sangat penat
bacward swim
da sampai ke gigi air
ak sgt xlarat nk angkat brg
hurm
seb baik ade assistant yg baik hati
tolong angkatkan
wahh...
ak sgt suke
gagah perkasa..
rasa sgt disayangi... yela ak kan sorg pompuan
so layanannya 1st class la
hahahaha

naik atas
sekali ak rase jaw ak sakit
1dive ak takut
so ak gigit mouthpiece tu kuat2
cuak sgt kot
then jaw ak cramp
penyudahnya
ak xle mkn
sgt pelahan
n bersopan
hahahahaha

balik bilik
mandi.. turun makan
aku jatuh tangga
kepala aku terhnatuk kat batu.
tapi di selamatkan oleh haider
hahahaha
boleh tak dia ckp kalo ak pengsan kan senang

hampeh tol!!!

tapi seb baik takde ape2..
so kami tgg yg lain pergi dive malam br kami makan malam
sangat lapa
seb baik ade bw bekal nugget
habis ak ct amirul n haider mkn tggu
asham, en sapiee n mi pergi dive malam
sambil tengok citer syurga cinta
yg di tayangkan secara percuma di ruang legar kat pantai salang tu

okla citer ni
tapi too clishe' kot!!
entahla..
daripada ak bosan tgg
ak tertido dgn muke selamba kat bench kat sane..
ade aku kesah?!!
sekati aku la kan..
hehehehe
then dari tertido sebab bosan ak bgn jadi risau
sebab diorg tak naik2
ish2

tak lame diorg sampai
br kami mkn
hurm okla
cuma ak xle mkn byk
walupun makanan sgt sedap
urm...

lepak2
then terus balik tido

penat+sengal2 badan


IkanThink: nantikan part yg lain plak okay