Salam dari Hati ke Hati
piawai apa maksud dia?
Mn 1. cekap, pandai, pintar: seorang jurutenung yg ~ telah pernah
meramalkan hal ini; 2. betul, tepat (timbangan, waktu, dll); bungkal yg ~
a) anak timbangan yg betul; b) ki keputusan (pertimbangan) yg adil; 3.
yg (telah ditetapkan utk) menjadi asas bagi penentuan atau penilaian
sesuatu (spt ukuran, timbangan, mutu, dll), dasar (asas) yg sah: suhu
~; sukatan ~; waktu ~; memiawaikan menjadikan sesuatu (kualiti barangan,
sistem, dsb) piawai: bank data harus
mencakup istilah yg dipiawaikan; terpiawai sudah atau telah dipiawaikan:
pakar-pakar psikiatri telah mula menggunakannya dlm bentuk ujian
personaliti yg ~; piawaian asas (rujukan dsb) utk penentuan sesuatu (spt
timbangan, mutu, dll): Malaysia memerlukan satu sistem ~ yg kemas kini;
kepiawaian kecekapan, kepintaran: lalu hilang pulalah ~nya sbg perjaka
perkasa; pemiawaian perbuatan memiawaikan.
(kamus dewan edisi empat)
hmm nak mudahkan ayat ialah penentu sesuatu benda..
penentu yang terbaik dalam erti kata yang terbaik dan perfect.
apakah piawaian kita?
yang kita mahu?
dan yang kita miliki?
aku tengah berfikir layak kah aku untuk capai phd?
sekarang ni la?
aku rasa jalan aku mcm jauh dan mendaki dengan susah payah
susah nak jelaskan di sini.
bila tadi perbualan member sama phd kat cni..
wow jalan masih jauh
daki pelan2.. dan konsisten.. insyaallah boleh sampai
huhuhu
kadang2 aku letakkan piawaian yang agak tinggi untuk diri aku
aku rasa payah nk gapai
tapi itu yang aku cuba dan cuba
selalunya capai
itu cita2 tapi hati?
itu yang payah aku nk ungkap
xfaham dan masih lagi menanti dan mencari
ade yg mengatakan
kadang2 penyatuan hati itu kita kena cari
ade juga yang datang apabila kita x mencari
selalunya ada di depan mata
tapi kita x sedar lagi kehadirannya
yang maha esa menentukannya
kita juga selalu meletakkan syarat atau piawaian yang tinggi
mahu yg kacak yg cantik
yang ade degree atleast, yang bijak
kaya? mahu kesenangan di kemudian hari dan kini
yang ada harta benda.. supaya tak perlu mencari dan mendaki untuk mendapatkannya
yang beriman dan soleh/ah supaya membimbing diri ke syurga dan anak2
hmmm
memang kita selalu impi yang indah sahaja
sapa nk impi yg x indah betul x?
tapi kadang2 kita lupa siapa diri kita
setakat mana kita?
cukup elok ke kita untuk capai piawaian itu
ada yg meletakkan tidak memilih rupa tapi memilih tahap pengajian.
menyatakan bahawa sekurangnya tahap pengajian seseorang itu hingga ke peringkat siswazah aka graduate.
org tu pandai dan memahami kita yg bekerja dan belajar ni.. huhu
pada aku ijazah tidak dapat mengukur kepandaian sesorang bergantung
kepada mana dia berusaha..
ijazah adalah titik tolak satu usaha mendapatkan peluang yg lebih cerah
tapi, ada jalan lain yg boleh mencapai kejayaan bukan segulung ijazah sahaja.
pada aku kita cermin diri kita
tidak semestinya sempurna itu ada indah di situ
ada cantik luaran tapi di hati tidak
'there a beauty around imperfection'
bole difikirkan.. hidup ini penuh kejutan
kita boleh merancang pelbagai cadangan untu kehidupan tetapi banyak kejutan yang akan melanda..
ada cabaran.. yang perlu ditempuhi
pelbagai orang yang datang dan pergi dalam hidup kita
ada yang dapat menyentuh hingga ke hati ada yang tidak
ada yg dtg dlm hidup sentuh sikit demi sedikit..lalu memberi jalan ke laluan yang lebih baik menusuk ke kalbu.. ade yg dtg menyakiti hati kita
kita kena tahu dan pandai handle
hati kita yang satu ni.. pilih yang mana dapat sejukkan hati kita
rupa paras akan hilang suatu hari nanti
tapi hati tu sentiasa dengan kita sampai bila2
jadi pada aku dalam pemilihan ni yang paling penting
sesorang itu harusla sesuai dan padan dengan kita
padan di hati.. sejuk di telinga dan paling penting tenang di jiwa
mungkin yang lebih terbaik
aku xtahu bagaimana penghujung cerita ni..
kadang2 aku rse hidup ni macam drama
orang lain yang dengan kita tu akan hilang
bila plotnya atau sceen diorg tu dah habis..
begitu juga untuk korang
perjalanan masih jauh
penghujung itu pasti
tapi perjalanan untuk ke penghujung itu satu realiti yang perlu kita tempuh
macam2 cerita dan drama dalam hidup ni..
semua dah tertulis ketika roh dimasukkan dalam diri..
hadapinya dalam tenang.. dan penuh keredhaan.
igt ibadat ku hanya kepada yang mana..
yang maha satu.. kerana allah taala.
kalaula perjalannan ia mudah seperti keretapi?
ada landasan yang terurus.. bersyarat dan tiba masanya?
masih difikirkan...
okbai... xtau nk abiskan ayat mcm mn
No comments:
Post a Comment