Thursday, May 14, 2009

Melatah

salam dari hati ke hati


Kita biasa tengok orang melatah kan.. ak suke tgk.. lawak giler tp utk 3 minit pertama la.. then ak rase sgt kesian.. td br pas tgk macam-macam aznil... isu die psl org melatah...
artis die jaafar onn and sape plak artis tu ak lupe geng die si amyza n ieda moin semuanya mmg kuat melatah.. sian diorg mase rancangan tu.. bygkn sikit2 kena sergah mecanrut2 ntah hape2 ntah..
tapi tabiat ni mmg dah mmg sinonim dalam gaya hidup masyarakat melayu.. especially kalau kita g kenduri kawin kalo xde makcik2 yg melatah mcm xberseri je majlis tu kn

REAKSI individu yang melatah adalah pelbagai. Ada yang menari, melompat, mengeluarkan kata-kata kesat, lucah, kotor, meniru aksi orang di sekeliling atau sebagainya. Tingkah laku itu mungkin dianggap satu bentuk hiburan kepada orang lain. Semakin diusik atau disergah, semakin rancak mereka melatah.

Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, latah bermaksud seseorang (biasanya wanita) tidak sedar apa yang dilakukan, mengikut perbuatan atau suruhan orang lain tanpa disedari, mengeluarkan perkataan atau membuat sesuatu secara tidak sengaja kerana terperanjat. tapi kini bukan terjerumus kepada wanita sahaja. tapi makin banyak menular kepada golongan lelaki juga. Ironinya, ramai yang menyangka latah sering berlaku dalam kalangan wanita yang berumur 50 tahun ke atas. Sedangkan hakikatnya, latah juga boleh berlaku dalam kalangan orang muda tanpa mengira jantina.

hurm. melatah.. pada ak plak bkn setakat terkejut mcm tu.. kdg2 perbuatan kita yg bkn terperanjat tetapi perbuatan kita yang luar sedar seperti mengikut emosi dan nafsu amarah yang semata-mata. boleh merosakkan dir dan hubungan sesama manusia. seperti kita memburukan orang yang kita syg dengan tidak sengaja di hadapan orang pd niatnya kita hanya utk melepaskan geram dan bergurau. dengan tak semena-mena ada yang terasa. hurm....

IkanThink: Jangan cepat melatah.. fikir dulu sebelum lakukan apa-apa



1 comment: