Tuesday, August 25, 2009

kerja kosong kat uthm

salam dari hati ke hati

selalu org jumpa aku akan tanya kat uthm xde keje kosong ke?

mana la aku tau

aku bukan pendaftar universiti.. aku pun bukan dato VC

aku cuma tutor biase je.. yg sedang penat belajar

okay persoalan anda akan terjawab

aku copy paste je dr laman web UTHM

pertanyaan pon sila kemukan ke laman web ni

http://www.uthm.edu.my/v2/index.php

aku cuma memanjangkan berita

sekian terima kasih

sila baca ye...

tarikh tutup permohonan 7 september 2009


UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM)

JOHOR

MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN JAWATAN
(UTHM.PP/UPP-01/2007/Pin.2)

JAWATAN KOSONG

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia yang

berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan secara

TETAP/ KONTRAK/ SEMENTARA seperti berikut :-

BIL.

NAMA JAWATAN (JAWATAN BUKAN AKADEMIK)

GRED

A.

KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL


1

ARKITEK

J41

B.

KUMPULAN SOKONGAN


2

PEMBANTU TADBIR (KESETIAUSAHAAN)

N17

3

PENJAGA JENTERA ELEKTRIK

R22

4

PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM

S17

5

PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN

U29

1. Syarat Lantikan- Sila klik di nama jawatan atau gred jawatan

2. PENETAPAN GAJI PERMULAAN

Gaji permulaan yang lebih tinggi pada P1T1 boleh ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik UTHM berasaskan

kepada kelayakan, pengalaman kerja atau kemahiran yang mana berkaitan.

3. IMBUHAN DAN ELAUN BERKAITAN (BERDASARKAN GRED GAJI)

Antara Imbuhan yang diberikan adalah termasuk Imbuhan Tetap Perumahan/Imbuhan Tetap Keraian/Imbuhan

Tetap Khidmat Awam/Imbuhan Tetap Gred Khas dan lain-lain elaun yang berkuatkuasa.

4. KEMUDAHAN YANG DIBERIKAN (TERTAKLUK KEPADA KELAYAKAN)

(a) Pinjaman Kenderaan

(b) Pinjaman Komputer

(c) Pinjaman/ Pembiayaan Perumahan Kerajaan Persekutuan

5. SYARAT KEWARGANEGARAAN DAN UMUR (PADA TARIKH TUTUP IKLAN)

Pemohon hendaklah terdiri daripada warganegara Malaysia dan calon-calon lantikan terus hendaklah berumur

tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan dan tidak melebihi 54 tahun pada tarikh lantikan, manakala

bagi bekas tentera/polis hendaklah tidak melebihi 45 tahun.

6. KELAYAKAN SPM MENGIKUT SISTEM TERBUKA UNTUK LANTIKAN KE PERKHIDMATAN AWAM

Calon-calon yang memiliki Sijil SPM mengikut sistem terbuka boleh dipertimbangkan untuk dilantik ke skim-skim

perkhidmatan yang mensyaratkan kelayakan demikian sebagai syarat lantikan. Bagi menentukan tahap

kelulusan tersebut setaraf dengan kelulusan Sijil Penuh SPM, iaitu sijil yang dikeluarkan sebelum pelaksanaan

peperiksaan mengikut sistem terbuka, syarat-syarat berikut perlu dipenuhi :

(a) lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua daripada mata pelajaran adalah di

peringkat Kepujian dan selebihnya di peringkat Lulus dalam satu peperiksaan; atau

(b) lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua daripada mata pelajaran adalah di

peringkat Kepujian dan selebihnya di peringkat Lulus yang dikumpulkan dalam dua peperiksaan dalam

tempoh tiga tahun berturut-turut; dan

(c) memenuhi syarat Bahasa Melayu, sama ada Kepujian atau Lulus, dan mata pelajaran

tertentu sepertimana disyaratkan dalam skim perkhidmatan.

Calon-calon yang tidak memiliki keputusan seperti di atas adalah TIDAK LAYAK dipertimbangkan untuk

maksud lantikan ke jawatan-jawatan yang mensyaratkan kelulusan SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf

dengannya oleh kerajaan.

7. TEMPOH PERCUBAAN

Calon-calon lantikan terus dikehendaki menjalani tempoh percubaan selama 1 hingga 3 tahun.

8. PERMOHONAN OLEH PEGAWAI SEDANG BERKHIDMAT

Pemohon-pemohon yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Kerajaan/ Badan Berkanun hendaklah

mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing bersama salinan Kenyataan Perkhidmatan

yang dikemaskini dan salinan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan. Borang permohonan yang tidak lengkap

diisi akan ditolak termasuk tidak menyertakan salinan dokumen yang dikehendaki dan permohonan yang lewat

diterima tidak akan dilayan.

9. CARA MEMOHON

(a) Borang permohonan boleh didapati dengan hadir sendiri di Pejabat Pendaftar, Universiti Tun Hussein

Onn Malaysia (UTHM) yang beralamat seperti di bawah atau di muat turun dari laman web Universiti

Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)

(b) Borang yang lengkap diisi berserta sijil dan dokumen yang berkaitan dan telah disahkan hendaklah

dicatatkan nama jawatan di penjuru sebelah kiri atas sampul surat dan dialamatkan ke Pejabat

Pendaftar UTHM seperti alamat di bawah:-

Pejabat Pendaftar

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)

86400 Parit Raja

Batu Pahat, Johor

No. Tel. : 07-4537000 / 07-4537107

(u.p : Unit Perjawatan & Perkhidmatan Bukan Akademik)

(d) Permohonan yang berikut AKAN DITOLAK :-

(i) tidak lengkap atau tidak terang;

(ii) tidak mengemukakan semua dokumen termasuk sijil-sijil kelayakan akademik;

(iii) tidak menulis nombor kad pengenalan;

(iv) tidak mengemukakan melalui Ketua Jabatan bagi pegawai sedang berkhidmat; dan

(v) tiada pengesahan sijil-sijil berkaitan dan tidak ditandatangani.

10. TARIKH TUTUP PERMOHONAN

Jawatan Bukan Akademik - 07 September 2009

11. KETERANGAN AM

(a) Pemohon boleh memohon sehingga dua (2) jawatan dengan menggunakan satu borang dan hendaklah

disenaraikan mengikut keutamaan.

(b) Hanya calon yang di senarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga. Pemohon-pemohon yang tidak

menerima sebarang jawapan daripada pihak UTHM selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan

adalah dianggap TIDAK BERJAYA.

(c) TEMPOH SAHLAKU permohonan adalah selama enam (6) bulan dari tarikh permohonan diterima.

Sebarang permohonan selepas tamat tempoh sahlaku hendaklah menggunakan borang permohonan yang

baru.

No comments:

Post a Comment