Wednesday, October 27, 2010

seploh soklan sebelum meminang

salam dari hati ke hati

ni aku baru terbace dari link kawan aku pasal minang meminang ni
auww
perlu ke gedix??
okay bende ni aku rase agak perlu kot
check list..
ahehehehehe

sila la bace
and aku pon ade komen from view aku la.. untuk setiap list..

Membuat keputusan untuk berkahwin bukanlah suatu perkara yang mudah. Perkahwinan bererti memasuki suatu alam yang berlainan sama sekali dengan alam yang pernah dilalui sebelumnya, bak kata Tan Sri S M Salim dalam salah satu lagunya, ‘dulu lain sekarang lain, dulu bujang sekarang dah kahwin’.

Setiap pasangan yang berkahwin pastinya mengharapkan perkahwinan itu kekal bahagia buat selama-lamanya. Ramai yang berjaya. Namun tidak kurang pula yang kecewa.

Al-Ustaz Jasim Muhammad al-Mutawwa’, bekas kadi ahwal syakhsiyyah di Kuwait yang kini aktif mengadakan program-program berbentuk bimbingan kekeluargaan, berdasarkan pengalaman dan pengamatannya ketika mengendalikan kes-kes berkaitan dengan masalah rumahtangga menyimpulkan antara sebab berlakunya keretakan dan kegagalan dalam perkahwinan adalah kurang taaruf atau tidak mengenali antara satu sama lain dengan mendalam sebelum berkahwin.

Taaruf yang mendalam atau mengenali bakal teman hidup sebelum melangsungkan perkahwinan sangat penting demi menjamin kesejahteraan dan keseimbangan dalam menjalani kehidupan berumahtangga. Ini tidak bermakna pasangan mesti melalui alam percintaan sebelum berkahwin, kerap bertemu dan berhubung melalui panggilan telefon, sms, chating dan sebagainya.


baru aku tau taaruf ni perkenalan.. ahaks


Percintaan sebelum berkahwin seperti yang dilakukan oleh segolongan masyarakat dan ditonjolkan dalam segala macam media sebagai suatu kemestian, suatu dunia yang penuh dengan keindahan dan keseronokan adalah sebenarnya penipuan belaka. Alam percintaan tidak mendedahkan hakikat diri yang sebenarnya. Masing-masing berusaha menunjukkan yang terbaik sahaja di hadapan pasangannya. Setelah berkahwin barulah terbongkar segala rahsia, segala perangai dan sikap buruk yang selama ini disembunyikan.

ni 100% aku setuju.. banyak kali dah aku tengok..

ramai org macam ni.. sigh!!


Untuk mengenali calon pasangan hidup anda dengan mendalam, al-Ustaz Jasim Muhammad al-Mutawwa’ mencadangkan agar anda mengajukan 10 soalan. Soalan-soalan ini boleh diajukan secara langsung semasa sesi taaruf, atau melalui orang tengah. Jika calon memilih untuk bertemu, melihat dan berkenalan pastikan pertemuan itu tidak dilakukan secara berdua-duaan di tempat suci dan terpencil. Jangan cemari niat yang suci dengan melanggari perintah Allah dan Rasul. Jangan relakan syaitan menjadi orang ketiga di antara anda dengan si dia.

hep hep maksiat.. hahahahaha.. (ape dalam pale otak aku ni??)


10 soalan itu adalah:

1. Apakah wawasan hidupnya?

Setiap orang mempunyai wawasan dan cita-cita yang ingin dicapai dalam hidupnya. Inilah yang perlu anda ketahui mengenai bakal pasangan hidup anda. Sekiranya anda dan dia mempunyai wawasan dan matlamat hidup yang sama maka perselisihan dalam rumahtangga akan berkurangan.

ni memang betul.. aku lepas ni nak sambung phd.. pastu nak settle down pas phd.. yela..

aku ni mmg susah sikit kalo masalah emosi ni..

aku ni cepat je terganggu..

tengok jela master aku ni..

ha sape yg salah?? aku jugak.. sape srh bercinta beria2 mase master..

padan muka aku..

last2 habuk pon tarak!!

so aku mencari lelaki yang faham situasi aku

akunye misi dan visi dalam hidup

pasni macam mane kerjaya aku..

tengok cam sekarang ni da kul 2.35 am masih di opis update blog..

nehi2 sebenarnye tgh wat keje.. saje jek selingan.. selingan je okayy


2. Bagaimanakah kefahamannya mengenai konsep perkahwinan?

Kefahaman serta tasawur yang jelas mengenai perkahwinan amat penting. Sekiranya kedua-dua pihak mempunyai kefahaman yang berbeza, umpamanya satu pihak menganggap perkahwinan hanya sekadar memenuhi tuntutan nafsu semata-mata, sedang satu pihak lagi memandang sebagai satu ibadah, sudah semestinya rumahtangga yang bakal dibina tidak akan aman daripada perselisihan dan pergaduhan.

tasawur ni undang2 ye kawan2..

ye betull!!! aku setuju.. aku pernah dengar masalah kawan aku macam ni

ade yg nak lebih kat situ.. mungkin salah satu sebab berkahwin adalah utk ke arah *&^& (aku tukar sebab nanti kena block ngan proxy uni) ahaha..

tapi pada aku perkahwinan ni adalah pertukaran gaya hidup

daripada bujang ke keluarga..

dimana pertambahan tanggungjawab..

menjadikan kita manusia yang lebih baik..

bukan sekadar $%^ semata2 ye..

sebab kefahaman, toleransi, tanggungjawab antara satu sama lain amat perlu..

bukan aku terlampau memilih dalam jodoh tapi.. ini mmg hakikat

tu yg smpi baru 2-3 bulan kawin da gadoh besar.. sebab xcukup..

urgh!! perlu ke??

3. Apakah sifat-sifat yang digemari dan tidak digemarinya?

Adalah penting bagi setiap pasangan mengetahui kegemaran pasangannya, apa yang disukai dan tidak disukainya kerana kadang-kadang perselisihan berlaku disebabkan kelainan kegemaran dan citarasa. Sekiranya kegemaran setiap pihak diketahui terlebih awal mungkin perselisihan dapat dielakkan.

ade org ckp kan.. macam aku ni ha.. aku minat diving.. tapi pasangan aku plak keje die mengangkang je kat rumah.. xadventure langsung

ade ke ckp takut lemas.. normal la kan..

tapi tu comel.. aku adventure psgn tu homeboy..gameboy.. tapi bukan gayboy okay..

sao saling melengkapi antara satu sama lain..

susah tu kan?? yela.. nanti aku g diving..

aku diving sorg2

die melepak kat bilik tengok movie sampai lebam..

aku plak dating ngan mat salleh yang badan.. auww.. xsabar nak ke pulau...


4. Apakah pandangannya mengenai anak pada tahun pertama perkahwinan?

Setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza mengenai masa yang sesuai untuk menimang cahaya mata. Sekiranya satu pihak belum bersedia sedang pihak yang satu lagi sudah tidak sabar untuk bergelar ibu atau ayah, pastilah kedua-dua pihak akan berasa tertekan dan perhubungan akan jadi tegang.

ni betul.. aku ni nak anak cepat..

aku suke budak2.. n aku nak anak ramai.. paling kurang 4 org..

tapi da kawin lambat.. mane leh nak anak ramai2 sgt..

mungkin adekberadik aku ramai..

anak buah pon ramai.. aku suke.. so da biase riuh2 ni walaupun selalu gaduh

tu la penyeri dalam hidup aku..

macam skrg ni..

adekberadik aku da 9org da kawen..

2 je blom kawin tinggal aku n abg atas aku..

aku plak keje kat jhr.. abg aku alhamdulillah rezeki die smbg master n dapat pensyarah sambilan..

so die la dok jage mak aku skrg.. yela keje sehari seminggu je..

kalo anak ko 2 org..

sorg keje kat sarawak.. sorang keje kat offshore.. ko da tinggal sorg2 tua2 nanti..

kan susah nak dok rmh anak malas.. (alamak start la berangan)

5. Adakah dia mempunyai masalah kesihatan atau kecacatan?

Masalah kesihatan yang kronik atau kecacatan semula jadi pada anggota badan tidak wajar disembunyikan. Mengetahui adanya penyakit atau kecacatan tertentu akan mempengaruhi keputusan yang bakal diambil. Menyembunyikan penyakit yang kronik atau kecacatan yang mengaibkan boleh dianggap sebagai satu penipuan.

mungkin la.. macam family aku mmg ade history thalassemia (sila google kao nk tau).. anak buah aku 2org kena..

so kena berhati2 la.. kesian kat anak nanti.. so wat ape nak malu.. ade caranya and teknologi untuk itew sekarang ni.. sebab aku kan nak anak ramai..

seronok..


6. Adakah dia seorang yang suka bergaul?

Sesetengah orang suka bergaul dengan pelbagai lapisan masyarakat, mempunyai kawan dan kenalan di merata-rata tempat. Sesetengah yang lain pula suka menyendiri, tidak pandai berkawan dan sukar didampingi. Orang macam mana yang anda cari?

aku adalah org yg teramat riuh!! hahahahaha.. so aku nak lelaki yang sedikit pendiam.. bersabar sedikit dengan perangai aku..

sebab aku ni mmg.. kadang2 org aku baru kenal pon aku bole borak macam da 20 tahun kenal.. bygkan??..

ko bayangkan aku baru balik dive dulu la kat tioman.. beria aku borak

sekali mamat tu black wings.. aku mane tau!! tapi die soft spoken weih

7. Bagaimana hubungannya dengan ahli keluarganya?

Perkahwian bukan sekadar aqad yang mempertemukan antara dua jiwa. Sebaliknya perkahwinan merupakan hubungan kemasyarakatan yang mencantumkan antara dua keluarga atau lebih. Oleh itu bakal tunangan harus tahu status keluarga serta hubungan mereka antara satu sama lain. Hubungan kekeluargaan juga sedikit sebanyak menggambarkan keperibadian seseorang.

saya suka family man.. mmg lelaki la pada aku perlu lebihkan ibu dia..

insyaallah aku kawin dengan dia.. anak aku ikut jejak ayah die.. insyaallah (seih seyes berangan lagi.. syoh2)

pada aku bila lelaki itu lebihkan ibu die daripada segala2 adalah sangat macho okay..

sebab ni dah menunjukkan die bertanggungjawab..

tapi bukanlah anak emak.. yang semua decision semua emak yang buat..

tapi yang tiap2 hari tepon mak.. tanya kabar mak sihat ke tak..

bagi mak keperluan yang secukupnya n bila ada kelapangan jenguk mak..

insyaallah bende ni okay..

rezeki akan bertambah2 tau kalo duit xputus2 kepada org tua ni..

aku ckp betul.. aku pernah rasa.. jadi berkhidmatla untuk mak anda

8. Apakah kegemarannya dan bagaimana dia mengisi waktu lapangnya?

Kegemaran serta cara seseorang memenuhi masa lapangnya juga memberi gambaran tentang wawasan serta cita-citanya dalam hidup ini.

kalo hobi dia pergi diving.. mungkin satu hari die nak pergi ke master scuba.. ke ape kan?? tak pon kalo hobi die tengok discovery channel..

orgnya adalah yang sensitif dengan enviroment.. xmo pollution2 ni

bile kerja die membuta je keje.. balik keje membuta.. susa sikitla.. aku ni suka berjalan,,

9. Adakah dia aktif dalam mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau pertubuhan kebajikan?

Keaktifan dalam persatuan kebajikan atau pertubuhan sukarela menggambarkan dia bukan seorang yang sombong dan mementingkan diri. Orang yang hidupnya sekadar untuk memenuhi cita-cita dan wawasan peribadi semata-mata sebenarnya hidup dalam dunia yang sempit dan mati sebagai insan yang kerdil. Tetapi orang yang hidup dalam perjuangan akan hidup sebagai insan yang hebat dan apabila dia mati namanya akan dikenang zaman-berzaman.

wahh yeke.. xtau plak.. setau aku laki yg suke berpesatuan seperti ngo ni mmg suke berpolitik.. mmgla nampak kredebiliti die.. tapi ntahla..mungkin aku da mmg macam ni.. aku suke laki yg simple kot.. yg senyap.. suke diving.. saba jek ngan perangai aku yg super baran n api ni.. mungkin la..berpesatuan ni baik.. kalo jenis jemaah ni aku susah sikit nak keluar ergi berdakwah.. tapi anak bini tinggal.. kalo jemaah diver xpe.. ahahahaha

10. Apakah pandangannya sekiranya ibu bapa masuk campur dalam urusan peribadi atau urusan rumahtangga mereka?

Setengah orang menganggap rumahtangga adalah masalah peribadi yang terlalu khusus. Tiada seorang pun yang boleh masuk campur walaupun ibu bapa sendiri. Hal ini sangat penting diketahui oleh setiap orang yang akan memasuki gerbang perkahwinan. Apakah pandangan bakal pasangan hidupnya. Adakah dia termasuk dalam golongan di atas atau sebaliknya seorang yang terlalu bergantung kepada kedua-dua ibu bapanya walaupun telah berkeluarga?

macam yg aku ckp before tadila.. family just family.. kalo ade masalah yang besar mungkin family bole masuk campur.. kalo setakat gado sikit semua family nk masuk campur susahla.. tapi die kena igt bila da kawen mn yg lebih isteri ke family.. mana yg perlu diutamakan.. pada akula.. ade pro and cons dlm pekara ni.. xsemua pekara kita kena serah pada family.. xsemua pekara kita ketepikan family.. tepuk dada tanya iman.. mana yang perlu.. yang penting anak perlu igt peranan terhadap family selepas berumah tangga..


Apabila anda telah mendapat jawapan yang bersesuaian dengan apa yang dicari, maka teruskanlah hasrat anda untuk melamarnya. Begitu juga halnya dengan pihak yang dilamar. Pastikan anda mengenali jejaka yang melamar itu dengan mengajukannya 10 soalan di atas.



Ustazah Maznah Daud

Ketua Wanita

Pertubuhan IKRAM Malaysia

"Ukhuwah Teras Kegemilangan"


jawapan yang aku dapat.. adela..
tapi setakat ni aku belum dilamar lagi..
tapi yang purple itew cuma pendapat aku jekkk
no heart feeling at all..
kalo ade yg xbersetuju tu pendapat masing2


ikanthink: bila la aku nak dilamar.. wahhh

No comments:

Post a Comment